Rabu, 7 September 2011

SEJARAH TOK SAAT ASALNYA ORANG MELAYU DARI KEDAH MALAYSIA


Tok Saat isterinya Tok Halimah
Diceritakan beliau iaitu salah seorang dari isterinya yang datang daripada tanah semenanjung Malaysia lebih kurang pada tahun 1800 masihi, mereka telah merantau pergi ke Burma (Myanmar) melalui Thailand mendiami di sebuah kampung yang terpencil dihulu sungai iaitu di meli`wan namanya. Kebanyakan penduduk asal disitu Ialah Siam Beragama Budha mereka tinggal disitu dengan kerja bercucuk tanam dan Bertani.. Diringkaskan cerita. Mereka tinggal disitu Tidak berapa lama, kerana tidak sesuai dengan budaya dan agama lalu mereka berpindah pula melalui sungai Meli`wan lalu sampai kesatu tempat yang bernama sungai nyiur, disitulah mereka tinggal dan memulakan penghidupan yang baru dan kerja sebagai petani dengan membuat huma, bercucuk tanam dan sebagai nya. Keadaan disitu tidak begitu sesuai disebabkan banyak binatang buas yang boleh mengancam kehidupan dan keselamatan mereka, sekali lagi mereka berpindah menyusuri sungai tersebut dan melalui pantai, maka sampai disuatu tempat yang sesuai bagi mereka dengan adanya dua buah pulau, dan mereka meletakan nama pulau itu ialah Pulau Ular & Pulau Meklong dan didapati disebelah pulau itu ada berteluk serta anak sungai yang kecil dan berbukit disebelah kiri dan kanannya, lalu mereka pun membuat keputusan untuk tinggal disitu buat selama-lamanya.. Maka disitulah bermulanya penghidupan mereka dan perkampungan orang melayu dan semakin lama semakin betambah penduduknya. Dan sekarang ini sudahpun menjadi Bandar termahsyur di Myanmar yaitu dikenali dengan nama Pulau Dua ( Koutau Miuone )..
dan mengikut catitan sejarah Tok Saat mempunyai 12 orang anak……
dan ketika itu Tok Saat pun berdoa kepada Allah Taala serta memacak tiang dipantai seraya berkata “Sesiapa sahaja yang datang mengikat tali perahu pada tiang yang dipacaknya ini, minta supaya dijodohkan dengan anaknya” Maka dengan takdir Ilahi, tibalah sebuah kapal layar yang diketuai oleh Tok Nakhoda Ahmad datang dari Tanah Semenanjung (Johor) Bersama anak kapalnya, dan mereka melihat ada orang dipulau itu lalu mereka pun membuat keputusan untuk pergi kepulau itu dengan menaiki sampan dan sampai saja dipantai lalu mereka mengikat tali sampan itu ditiang yang dipacak oleh Tok Saat.. maka dengan takdir Ilahi anak tok Saat pun Berkahwinlah dan  bertemulah jodoh masing-masing… Kemudian seterusnya orang melayu di Myanmar semakin bekembang dan beranak pinak, dan pergi keseluruh pelusuk tempat sehingga sampai ke Daerah Pulau Tuntung, Sepuluh Batu, Pulau Balai, Tanjung Badik,Pasir Remih, Pasir Panjang, Sungai Gelama, Sungai Nyiur, Mek Putih,Teluk Cina, Teluk Nipah, Pasir Merah, Pulau Johor, Pulau Cadik, Pulau Ru, Pulau Rawa, hinggalah ke Bokpian, Ceding dan Sebagai nya.. Bagi mencari penghidupan dan pekerjaan sebagai nelayan dan bertani… Sejarah inilah yang membuktikan asalnya orang melayu yang mewujudkan kampung-kampung melayu didaerah tersebut… Sehingga kehari ini dan masih  ada lagi yang tinggal disana….. Berikut adalah anak-anak Tok Saat yang telah bertemu jodoh masing-masing……

Anak-Anak Tok Saat Dengan Tok Halimah

  1. Tok Long Bunga Berkahwin Dengan Tok Nakhoda Ahmad ( Johor )
  2. Tok Jiwa Berkahwin Dengan Tok Tok Abd Rahman ( Johor )
  3. Tok Rokiah Berkahwin Dengan Tok Ciklah (  Kampung Sebalik Bukit Surau Hj Hassan Terengganu )
  4. Tok Hamidah + Tok Habit
  5. Tok Lamjah + Tok Hamzah
  6. Tok Sudin + Tok Timah
  7. Tok Derani + Tok Syarifah
  8. Tok Saman + Tok Miang
  9. Tok Abu Hassan. Meniggal Masa Kecil
  10. Tok Jaapar. Meninggal Masa Kecil
  11. Tok Abd Rahman. Meninggal Masa Kecil
  12. Tok Su Jinai + Tok Siti

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam... masyaallah. Ini semua kuasa allah. Utk.makluman tuan. Sperti yg arwah tok wan sy selalu crita tntang ini. Dn tok derani tu adalah monyang sy yg tingal di pulau tuntung dulu kala. Bnyak cerita yg arwah tok wan sy crita pasal ini. Sekarang ayah dn kluarga sy berada di terengganu. Sy pernah kesana dulu blik melawat tmpat sejarah nenek monyang di pulau tuntung... alhamdulillah skarang pulau tuntung dgn pulau dua dh ad jambatan kayu.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam