Rabu, 31 Januari 2018

Orang Melayu Myanmar

Orang Melayu Myanmar

Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan terselatan di Myanmar. Ia terdiri dari lebih 800 pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semua terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu berhampiran hujung arah ke arahnya (utara) di mana ia memasuki bakinya Indochina. Orang Myanmar pernah menggelar seluruh Semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swe atau Semenanjung Pashu. Kadang-kadang kepulauaun itu dirujukkan sebagai Kepulauan Pashu oleh kerana penduduk Melayu digelar secara tempatan sebagai Pashu.[1] Orang Melayu Myanmar adalah keturunan kumpulan etnik bangsa Austronesia lebih banyak menduduki keseluruhan Semenanjung Melayu termasuk pantai barat bahagian utara yang berada dalam Myanmar dan Kepulauan Mergui.[2]

Divisyen Tanintharyi (bahasa Melayu: Tanah Seri) mengikut sejarah merangkumi keseluruhan semenanjung Tanintharyi - Bahagian Tanintharyi hari ini, negeri Mon dan Negeri Kayin selatan. Daerah semenanjung ini adalah sebahagian dari kerajaan Mon asas Thatonsebelum tahun 1057 dan sebahagian dari Empayar Pagan Raja Anawrahta selepas tahun 1057. Tidak lama selepas jatuhnya Pagan pada tahun 1287, kawasan ini jatuh ke kerajaan Thai Sukhothai yang berkuasa, dan kemudian penggantinya keraja beraja Ayutthaya. Daerah ini dipulangkan kembali kepada Myanmar pada tahun 1564 apabila Raja Bayinnaung dari dinasti Taungoo menakluk semua wilayah Siam. Sebuah kerajaan yang bangkit semula selapas Ayutthaya menuntut semula bahagian selatan Tanintharyi pada tahun 1593 dan keseluruhan semenanjung pada tahun 1599.[3] Pada tahun 1614, Raja Anaukpetlun mendapat kembali sebahagian atas pantai ke Dawei tetapi gagal menawan kembali wilayah selebihnya.[4] Raja Alaungpaya dari Dinasti Konbaung memulih seluruhan daerah ini untuk orang Myanmar pada tahun 1758. Orang Myanmar menggunakan Tanintharyi sebagai asas maju untuk melancarkan beberapa serangan ke atas Siam pada tiga dekad yang berikut. Orang Siam cuba untuk mengambil semula Tanintharyi pada tahun 1792 tetapi orang Myanmar berjaya menangkis serangan.[5] Tidak lama selepas perang tamat, Britain dan Siam menandatangani perjanjian persempdanan pada 20 Jun 1826, dan sebuah lagi perjanjian pada tahun 1868.[6] Pada abad ke-18, Mergui adalah pelabuhan milik keraja beraja Ayutthaya. Ia menjadi sebuah pusat perdagangan penting, khususnya untuk orang eropah, yang akan mendarat di Mergui, mengembara atas sungai ke Tanintharyi (Tenasserim) dan kemudian menyeberangi gunung-ganang untuk sampai ke Ayutthaya. Pegawai Perancis Chevalier de Beauregard dijadikan gabenor bandar Mergui selepas pemberontakkan terhadap orang Inggeris padabulan Julai 1687.[7] De Beauregard telah dinamakan Gabenor oleh raja Siam Narai, untuk mengganti Samuel White, seorang Inggeris.[8] Orang Perancis kemudian diusir dari Mergui berikutan revolusi Siam pada tahun 1688. British menduduki daerah ini selepas Perang Burma-Inggeris Pertama (1824–1826). Rakhine dan Tanintharyi dipindahkan ke pemerintahan British. Kesimpulannya, kebanyakan dari orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Ini di sebabkan oleh kerana Kedah pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi hingga negeri-negeri utara Malaysia.

Majoriti penduduk Kawthaung terdiri dari etnik Thai yang beragama Islam atau Buddha, Bamar dan etnik-etnik minoriti yang lain (seperti ShanKaren dan Mon). Orang Salone (Moken), Gipsi Laut, dan Melayu dikenali dengan nama, "orang Pashu" oleh penduduk tempatan. Cina Burma dan India Burma, yang berpindah ke Kawthaung semasa era penjajahan untuk melombong bijih timah dan industri-industri lain juga mendiami Kawthaung. Jumlah penduduk Pashu adalah kurang dari 100,000 di sebabkan ramai daripada mereka berhijrah ke Malaysia, Thailand dan ke wilayah-wilayah lain di Burma, terutamanya ke Rangoon. Orang Pashu selebihnya banyak mendiami bahagian paling selatan, KawthaungKawthaung (Bahasa BurmaKawthaungMyo.pngMLCTSkau. saung: mrui.Bahasa ThaiเกาะสองBahasa MelayuPulodua) adalah bahagian terselatan di Myanmar. Ia terletak di Divisyen Tanintharyi. Semasa pemerintahan British di Burma di antara tahun 1824 dan 1948, ia dikenali sebagai Titik Victoria. Pada tahun 1859, sebuah kumpulan Cina dan Thai tempatan mendiami Maliwan, sebuah tempat dengan banyak tumbuhan berbunga yang dikenali sebagai Maliwan dalam bahasa Thai. Pada akhir tahun 1865, sebuah kumpula Arab-Melayu yang diketuai oleh Nayuda Ahmed, berlayar dan memungut barangan laut di sekitar Kepulauan Mergui dan mendirikan sebuah penempatan dan kampung di teluk Titik Victoria.[9] Melayu Burma tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung-kampung sekitarnya dan beberapa pulau di Teluk Bengal.[10]

Kumpulan etnik Melayu ini mempunyai hubungan rapat dengan Melayu Kedah dan wilayah di selatan Thailand (Melayu Thailand). Bahasa yang paling banyak dituturkan di kawasan ini adalah Burma, diikuti dengan Thai. Orang Melayu Burma mampu bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Burma dengan loghat Myeik (Beik) sepertimana rakyat tempatan selain bahasa Melayu yang mana tergolong di dalam keluarga bahasa Austronesia. Orang Melayu di Burma bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15.[11] Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, dan bahasa bahasa-bahsa creole berasaskan bahasa Melayu yang wujud di kawasan paling selatan di Burma. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab (bahasa Melayu moden juga ditulis dalam abjad Rom). Golongan ini tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung sekitarnya serta pulau-pulau yang berhampiran di Teluk Benggala. Di Kawthaung (bandar paling selatan di Burma), di seberang Ranong di selatan Thailand, terdapat banyak masjid termasuk Masjid Pashu.[12] Ramai beberapa orang Pashu yang berkahwin campur dengan Muslim lain di Burma. Beberapa remaja mereka menerima pendidikan kerajaan sekular Burma, akan tetapi terdapat juga yang menerima pendidikan di sekolah agama Islam. Orang Melayu Burma adalah pengikut aliran Sunnah Islam yang terdiri dari Mazhab Shafie, sedikit berbeza daripda Mazhab Hanafi bagi Muslim lain di Burma.

Rabu, 7 September 2011

  Bersiap Bertolak Selepas Solat Subuh
 Bot dari Ranong ke Pulau Dua
 Depan hotel penginapan
 Teksi motor ke Pulau Tuntung
 Jambatan ke Pulau Tuntung
 Sebahagian Saudara Muslim di Pulau Tuntung
 Masjid Mujahidin di Pulau Tuntung
 Kedaifan rumah orang Muslim di Pulau Tuntung
Pekampungan Buddha yang semakin menghimpit perkampungan Muslim Pulau Tuntung
 Ustaz Shafie mudir sekolah  agama di Sembilan Batu
  Keadaan  kelas yang bocor dan sering masuki air
  Sekolah Agama  Sembilan Batu
Sekolah agama di Sepuluh Batu

SEJARAH TOK SAAT ASALNYA ORANG MELAYU DARI KEDAH MALAYSIA


Tok Saat isterinya Tok Halimah
Diceritakan beliau iaitu salah seorang dari isterinya yang datang daripada tanah semenanjung Malaysia lebih kurang pada tahun 1800 masihi, mereka telah merantau pergi ke Burma (Myanmar) melalui Thailand mendiami di sebuah kampung yang terpencil dihulu sungai iaitu di meli`wan namanya. Kebanyakan penduduk asal disitu Ialah Siam Beragama Budha mereka tinggal disitu dengan kerja bercucuk tanam dan Bertani.. Diringkaskan cerita. Mereka tinggal disitu Tidak berapa lama, kerana tidak sesuai dengan budaya dan agama lalu mereka berpindah pula melalui sungai Meli`wan lalu sampai kesatu tempat yang bernama sungai nyiur, disitulah mereka tinggal dan memulakan penghidupan yang baru dan kerja sebagai petani dengan membuat huma, bercucuk tanam dan sebagai nya. Keadaan disitu tidak begitu sesuai disebabkan banyak binatang buas yang boleh mengancam kehidupan dan keselamatan mereka, sekali lagi mereka berpindah menyusuri sungai tersebut dan melalui pantai, maka sampai disuatu tempat yang sesuai bagi mereka dengan adanya dua buah pulau, dan mereka meletakan nama pulau itu ialah Pulau Ular & Pulau Meklong dan didapati disebelah pulau itu ada berteluk serta anak sungai yang kecil dan berbukit disebelah kiri dan kanannya, lalu mereka pun membuat keputusan untuk tinggal disitu buat selama-lamanya.. Maka disitulah bermulanya penghidupan mereka dan perkampungan orang melayu dan semakin lama semakin betambah penduduknya. Dan sekarang ini sudahpun menjadi Bandar termahsyur di Myanmar yaitu dikenali dengan nama Pulau Dua ( Koutau Miuone )..
dan mengikut catitan sejarah Tok Saat mempunyai 12 orang anak……
dan ketika itu Tok Saat pun berdoa kepada Allah Taala serta memacak tiang dipantai seraya berkata “Sesiapa sahaja yang datang mengikat tali perahu pada tiang yang dipacaknya ini, minta supaya dijodohkan dengan anaknya” Maka dengan takdir Ilahi, tibalah sebuah kapal layar yang diketuai oleh Tok Nakhoda Ahmad datang dari Tanah Semenanjung (Johor) Bersama anak kapalnya, dan mereka melihat ada orang dipulau itu lalu mereka pun membuat keputusan untuk pergi kepulau itu dengan menaiki sampan dan sampai saja dipantai lalu mereka mengikat tali sampan itu ditiang yang dipacak oleh Tok Saat.. maka dengan takdir Ilahi anak tok Saat pun Berkahwinlah dan  bertemulah jodoh masing-masing… Kemudian seterusnya orang melayu di Myanmar semakin bekembang dan beranak pinak, dan pergi keseluruh pelusuk tempat sehingga sampai ke Daerah Pulau Tuntung, Sepuluh Batu, Pulau Balai, Tanjung Badik,Pasir Remih, Pasir Panjang, Sungai Gelama, Sungai Nyiur, Mek Putih,Teluk Cina, Teluk Nipah, Pasir Merah, Pulau Johor, Pulau Cadik, Pulau Ru, Pulau Rawa, hinggalah ke Bokpian, Ceding dan Sebagai nya.. Bagi mencari penghidupan dan pekerjaan sebagai nelayan dan bertani… Sejarah inilah yang membuktikan asalnya orang melayu yang mewujudkan kampung-kampung melayu didaerah tersebut… Sehingga kehari ini dan masih  ada lagi yang tinggal disana….. Berikut adalah anak-anak Tok Saat yang telah bertemu jodoh masing-masing……

Anak-Anak Tok Saat Dengan Tok Halimah

  1. Tok Long Bunga Berkahwin Dengan Tok Nakhoda Ahmad ( Johor )
  2. Tok Jiwa Berkahwin Dengan Tok Tok Abd Rahman ( Johor )
  3. Tok Rokiah Berkahwin Dengan Tok Ciklah (  Kampung Sebalik Bukit Surau Hj Hassan Terengganu )
  4. Tok Hamidah + Tok Habit
  5. Tok Lamjah + Tok Hamzah
  6. Tok Sudin + Tok Timah
  7. Tok Derani + Tok Syarifah
  8. Tok Saman + Tok Miang
  9. Tok Abu Hassan. Meniggal Masa Kecil
  10. Tok Jaapar. Meninggal Masa Kecil
  11. Tok Abd Rahman. Meninggal Masa Kecil
  12. Tok Su Jinai + Tok Siti